Selasa, 7 Mac 2017

LAYU



Hari ini,,,,
Bunga layu,
Bunga tak mekar macam selalu,
Bunga melayu dibayu angin berlalu,
Ada air, ada cahaya, ada sumber,
Namun tetap melayu,
Mengapa bunga ?

Kelopak bunga gugur satu persatu,
Merah menjadi pudar,
Wangi semakin bubar,
Duri-duri seakan menusuk diri sendiri,
Baba pergi tak kembali..

Awan bergulung hitam,
Rintik hangat membasahi pipi,
Bunga melihat bonda kanda adiknda serupa bunga,
kini kelopak tinggal 5 dari 7,
apakah bunga akan berbahagia?

Bunga dibenih,
Bunga tumbuh,
Baba dan mama menyiram,
Tak ada seekor ulat pun datang singgah,
Lindungan utuh dicipta,
Tak mudah rapuh.

Tenanglah wahai baba,
Yatim bunga hanya didunia,
Kiriman doa selalu dihantar,
5 waktu siang malam,
berharap berjumpa disyurga firdausi..

Terima kasih baba,
Membesarkan bunga,
Melayan bunga bagai puteri,
Menemani bunga sehingga dapat berdikari,
Melindungi seperti permata,
Sayang terlau sayang,
Tidurlah baba,
Bunga akan menjaga keluarga,
Tak menjadi pengganti baba,
Tapi menggalas amanah baba..

Semoga Allah selalu bersama kita,
Menemukan kita disurga firdausi..

Nukilan ini untuk sahabatku:
Intan Fazleena Binti Mohd Nordin


Alfatihah untuk ayahnya...

Rabu, 18 Januari 2017

SANNAH HELWAH GIRL


"Cis,,,ada dikatannya aku tua ??!" Hahahaha...
Assalamualaikum ,,,hello acik angkel mak ayah suami isteri atok cucu nenek cicit sekalian eh, mana ada saya tua ^.^
Saya ni, selalu menten jee ha muda perangainya. Sampaikan orang dekat office, kat luar cakap saya budak kecik, lepastu main jejauh,,,( waaaa,,,waaa,, menangis air mata berjurai-jurai),,,

Kerana izin Allah , maka panjanglah hayat saya sehingga hari ni.. Alhamdulillah.

Saya gembira sangat hari ni, kerana masih diberi nafas, diberi kesempatan untuk menunaikan solat 5 waktu. Awal pagi, saya terima mesej dari mak saya, ucapkan Selamat Hari Lahir, malah mendoakan saya didalam whatsappnya. Ouh kawan-kawan pun ada ! Seronoknya seronoknya ,,,!!

Usia hanyalah angka
Tak bermakna kalau tak berjasa
Tak sembah yang Esa
Yang Mencipta
Dan Memberi Segalannya

Berjaya dicipta
Dari Usaha
Kejayaan kau yang punya
Kongsilah dan berbahagia






Isnin, 2 Januari 2017

RASA SAYANG


" Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey "

Haaa awak yang tengah membaca sambil menyanyi tu, ingat sedap ke nyanyi? hihihihi
Maaflah, saya saje je haa cakap macam tu. Tak pelah, kalau nak nyanyi lagi teruskan.

Sebenarya kan awak, saya ni ada lah sikit nak beritahu. Walaupun saya ni tak kenal awak, awak tak kenal saya, lepastu awak pula membaca blog saya, saya nak ucap terima kasih sebab sudi mendengar dalam situasi membaca.. Hihihi..
Terima kasih sebab sudi menjadi pendegar setia. Hahahaha..

Awak, blog ni kan, dah lama dah bertapak sejak tahun 2012. Tapi, maklumlah, bila kerja banyak, saya telah mengabaikan dia, dia tu blog saya lah. Mana taknya, kadang ada internet, kadang tak ada internet, saya tak pasang unifi.. 

Dah dua tiga kali saya fikir, yang saya nak padam blog ni. Tapikan, bila saya baca posting saya yang lama-lama tu, saya rasa sayang pulak nak padam. Sedangkan sebelum-sebelum ni, ade je usaha saya cuba buat blog baru. Hampeh, tak buat gak. Cakap jer lebih.. hahahaha

Dalam blog ni, penuh kisah seharian saya, pendapat saya yag entah betul ke tidak, dan jugak memori saya mengenal si dia. Ouh ye, saya masih berkawan dengannya sampai sekarang taw.. Lama tak, lama tak.. Ala,,,,bukan tak nak menikah, tapi saya tunggu dia betul-betul sedia.

Awak, kalau sebelum ni saya bahasakan diri aku kau aku kau, sempena tahun baru ni, saya nak cuba tukar bahasa tu jadi lembut sikit. Hihihi..Alaaa, masa lelepas tu saya terjal sangat, sekarang ni saya dah gegirl sesikit. Jangan ejek saya taw. hahahaha

Oklah, puan sri nak cakap sikit ni, dengaq taw;

2017 ni, hang, aku, jangan buat lecey okey! Kita buat baikk dan terbaik ! Tata titi tutu, see you soon!

Ahad, 1 Januari 2017

UCAPAN I


2017 is about to over
Lets change the date
Not directions
Lets Change your Attitude
not the Action
lets Change your Warmth
not the Love
lets welcome new people
not forget old people
Happy New Year in advance

Never frown, 
even when you are sad, 
because you never know 
who is falling in love with your smile...

Isnin, 3 Oktober 2016

MASIH PANJANG LAGI PERJALANAN

Pertama sekali aku ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah,kerana dengan izinNya, dia telah memberikan aku peluang dan ruang untuk mencapai kerjaya yang aku impikan...

Masa tu, aku tak de kerja pun, aku berhenti dah jadi kerani kat syarikat tu,,,,
Jadi sahabat aku yang bernama Intan ni, dan family,  tolong beritahu kekosongan jawatan  ni..

Pulak tu jawatan memang aku impikan...
Apalagi haa, dengan segera aku menghantar resume melalui email yang diberikan..

Tak sampai semiggu,pada suatu hari,,,

"Kring kring,,kring kring" Telefon !!! Telefon berbunyi ,,,,,,Telefon! Saya Datang !! (Lagu wonderpet gitu ) hihihi,,

Lalu aku pon angkat lah fon tu,, 

" Hello... ya?"

"Saya nak bercakap dengan (nama i), utntuk beritahu mengenai jawatan yang dimohon di (nama ipts),, boleh tak Cik datang interbiu pada hari Khamis ni bertempat didot dot dot" Orang HR tu berkata..

" Boleh puan,,,boleh,,, saya akan ke sana",,muka masa tu eksited sambil lelompat

Setelah aku di inerbiu, on the spot aku diterima,
Perghh nak cerita dekat sini, manager aku ni,, baik gila... sangat baik,,, nama beliau Doktor Tong. Beliau siap bagi aku tempoh lagi untuk aku  cari rumah dulu dekat area situ... Sekali nak dijadikan cerita,aku tak dapat umah weh,,rasa nak menangis..

Aku pon terus beritahu akak HR tu, akak tu terus bantu aku carikan dan hasilnya aku dapatlah rumah,, sukur alhamdulillah...

Nak tahu tak, jawatan apa yang aku nak tu...
Iaitu,,,jeng jeng jeng,,

"Finance Assistant" disebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta Selangor !

Syukur sangat... Aku sendiri tak sangka. pejam celik pejam celik 3 bulan lebih aku disini. Mungkin ada orang bermonolog dalam hati, "Eleh, setakat jawatan tu je pon, riuh satu siber",,hahahaha

Alaaa biarlah, macam ni lah perasaan orang jakun macam aku. Saje nak berkongsi rasa, mana taknya duduk sensorang jauh dari family,,,merantau katannya....

Sejak 3 bulan aku berada disini, terlalu banyaklah aku belajar tentang akaun, macam mana nak buat bank recon, system, dan automatik aku dapat satu penngalaman yang bernilai serta skill yang tak pernah aku dapat kat mana-mana. Contohnya , skill berkomunikasi..

Yelah, mana taknya, apabila kita bekerja dalam kawasan pelajar, kita punya client of coslah pelajar..
Macam-macam student haa aku jumpa dengan macam-macam ragam, kau cakap je la dari negara apa, inn sya allah ada .
Most aku jumpa dari Nigeria, Syria , Iran. Dekat tempat aku kerja ni, kos yang cuma disediakan adalah Master dan PhD... yang lain-lai tarrak...
Bagi aku lah, student yang dah beso-beso ni easy going, friendly,,, tapi ada gak yang makin tinggi levelnya makin terok pey'elnya (kerenah)...

Aku memang bersyukurlah kerja situ,, akak-akak, abang-abang kat situ memang penyayang...Kadang-kadang je aku beli makanan untuk lunch and dinner, selebihnya mereka beri,sedekah dekat aku.. 

Sepatutnya setiap hari aku akan datang kerja setiap pukul 8pagi dan balik 5.30petang. Tapi, demi nak cari duit lebih ni, aku pon amek la part time dekat library. Syukur lah alhamdulillah, dapatlah timba pengalaman lagi. Lagipun aku bujang, sendiri, jadi aku tak de kotmitment apa-apa, jadi masa ni lah aku nak palun kaw kaw gitu ! Hahahaha..

Aku tahu, setiap orang kat luar sana pun, mesti ada impian , kerjaya yang kalian inginkan? 
Tak pe guys, berusahalah,,, yang penting fokus dalam menuju dan mencapai apa yang kalian nak tu !
Orang nak cakap apa, cakap lah !
Cuma kita je yang tahu betapa peritnya perjalanan tu, betapa gembiranya kejayaan tu.
Orang yang tak lalu, dia tak rasa. Tapi cuma pandai "berkata-kata" kat orang lain..

Aku doakan semoga sesiapa yang banyak bantu aku, murah rezeki dan dipermudahkan urusan!

Kalian pon aku doakan !

Selamat Maju Jaya kengkawan...

Khamis, 23 Julai 2015

dot dot

Raya tak raya. Sesedar dah cukup seminggu yer kita menyambut raya.
Maknanya sekarang dah 7 Syawal lah kan?
Tapi......aku pelik!~
Sambutan raya aku kali ni hanyalah bebiasa sahaja dan tiada apa pun menarik.
Tapi alhamdullilah.
Aku puas sangat sebab raya kali ni aku bole belikan baju raya adik2 aku, bagi parents duit raya, buuat hamper untuk makcik2 dari hasil titik peluh sendiri. 
Terima kasih ya Allah..

Short sangat cuti raya aku kali ni.
Tolak tambah bahagi darab cuma 5 hari je,,,,itupun tambah ANNUAL LEAVE sehari.

Raya kali ni merupakan raya pertama kali dalam dunia pekerjaan.
Sebelum2 ni raya sebagai seorang student.
Tapi kali ni sebagai seorang yang dah bekerja pulak.

Nak dijadikan cerita,
Masa aku balik Terengganu aku jumpalah sedara mara aku.
Ada yang aku kenal dan ada yang macam pernah ta kenal.
Pantangg aku duduk sorang2, mesti ada je menyapa.
Kalau nak menyapa tanya khabar tak pe lah.
Tapi menyapa nak berlagak dan tunjukkan kemegahan masing2.

Allah...
Nak ta nak layankan je..
Aku pelik la...
Apa yang mereka banggakan sangat dengan kemewahan tu?

Camni ea ayat dia;

(Pertama)

"Anak dah kerja ke? Kerja apa?"

"Saya kerja bebiasa je mak cik~"

"Anak mak cik tu pun kerja. Dia nurse. Sekarang kerja dekat hospital pakar. Dulu gaji 2ribu je. Sekarang gaji dah nak amsuk 3ribu. Masa dia belajar, dia selalu jadi pelajar cemerlang. pointer tu tak pernah jatuh, 3 lebih dengan 4.00 sokmo. "

"Hehehe,,oh ye ke mak cik? dia balik tak raya ni?"

"Balik,,, tapi raya ke2 dah kelik sebab kijo"

"Anak pulok kijo gapo?"

"Saya kerja susun2 fail, sapu2 sampah je.. Alhamdullilah lah mak cik. Rezeki halal. Boleh buat makan n pakai."

......................................terus diam n bla.............................................................................

(Kedua)

"Anak mok cik kijo dekat majidee denu.. esok saing dia dari ostrolia nak datang ni.. sebab nak tengok budaya raya kat sini kan~ dia pegawai tuh... gi sana gi sini.... bila along (ank dia) kerja, dia jarang kelik rumoh. Sebab dia beli rumah sana di ulu tiram..."

"Baguslah mak cik.. Untung dapat anak dapat bantu keluarga" jawab  aku dengan nada selamba.

"Awok kerja apa?"

"Saya kerja bebiasa je cik... "

"Biasa macam mana tu?'

"Biasa je.... cashier"... malas la nak berlagak...

.......................................terus diam n bla.........................................................................

(Ketiga)

Aku main la we chat.. carila people nearby. Sekali ada 1 hamba allah ni add la aku. Aku pon accept. Cerita tengah rerancak ni, aku pon tanya la soklan simple dalam chat tu.

"Awak lama ke cuti raya?"

"Tak wak,, esok saya da naik kerja"

"Ohhhh awalnya naik kerja..."

"heheheh biasalah saya kena pantau projek kat KL"

"oHH...dulu amek kos apa?"

"Arkitek, diploma arkitek"

"bAgos bagOs.."

"Tu lah saya bz,,, projek banyak sangat menunggu.. Awak kerja apa?"

"Saya?? saya tukang cuci je awak.."

Terus ta balas mesej and unfrend... hahahahahahahah
..................................................................................................................................................

So.. apa yang aku nampak kat sini, budaya MEGAH BERMEGAH ni masih wujud dalam diri segelinrie manusia, Kurangkanlah.....tak baik reriak..

Isnin, 13 Julai 2015

AKU KERANI

2015...
Lagi 5 tahun kita nak masuk wawasan 2020.
Lagi 4 bulan  29 hari kita nak masok 2016.
Lagi sikit umoq aku nak masuk 23 tahun depan.
Dan lagi panjang masa aku nak menikah.. hhahahaahah

Oh myyyyyy...hahahahaha

Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku kerja kat syarikat  ni.
So far so good.
Syukur alhamdullilah. Walaupun aku bekerja  sebagai "kerani" cikai, atau perkataan sebatinya "macai", aku bersyukur sekurang2nya Allah bagi aku rezeki.
Asalnya aku adalah graduan diploma kewangan dan perbankan islam.
Tapi,,, terlari pulak dari bidang pekerjaan sekarang.. Lantaklah.. :)
Ala,,, bagi aku itu semua atas kertas sahaja.

Segalanya kena bermula dari bawah.
Dengan bermula belajar dari bawahlah, kau akan dapat naik tinggi sebagai seorang yang berilmu didada.
sO nanti bila jadi bos besar, tak lah "mengarah" tanpa ilmu pengetahuan.

Sebenarnya, dulu aku seorang yang memilih pekerjaan.
Kalau boleh semuanya nak taraf diploma aku.
Tapi lama kelamaan, aku sedar.
Kalau beginilah sikap aku, sampai bila2 aku tak kan dapat kerja dan pengalaman.
Yang paling penting aku fikir adalah duit.

Kalau kau tak kerja, siapa yang nak bagi kau makan?
Kawan kau ?
Harapkan ibu bapa?
Sampai bila?

Aku masih ingat lagi waktu aku nak cari kerja.

Ya ALLAH punyalah susah.
Hari2 aku keluar cari kerja.
Tapi.... hmmm
Interview bukan main banyak lagi.
Most interview aku pergi kebanyakkan bercakap bahasa melayu.
English sikit je.
Yang tak boleh blah, aku pernah interview dekat sebuah kilang untuk jadi operator.
Perghh gaji loaded kot. Tapi shift la.. No hal lah (monolog dalam hati).
Kau tau tak, apa yang berlaku masa interviewer tu interview aku?
Ayat dia yang masih aku ingat sampai hari ini adalah:

" Saya rasakan Ris, awak salah tempat mohon kerja. Awak ada bakat untuk bercakap. Awak sesuai jawatan atas (eksekutif) jualan... Konfem laku kalau jual barang"

Hahahahahah... apeda...

So point nya kat sini, kepada lepasan graduan spm ke, diploma ke, ijazah ke, ataupon master ke, jangan memilih kerja.
Tak pe walaupun kerja yang bakal kau dapat tu bukan bidang kau, bukan taraf pendidikan kau tau gaji kecik.
Kau mesti survive.
Jangan hirau kata2 perli kengkawan kau.
Yang penting kerja halal.
Kau kena ingat, zaman sekarang adalah masa untuk kerja.
Kalau kau tak kerja, ada kalau kau tak makan kawan kau yang perli2 tu nak bagi kau makan?
kalau ada ibu bapa, siapa nak tanggung diorang ?

Tak pe.... sambil kau kerja, kau boleh cari kerja lain slow2..
yang penting SOLAT 5 WAKTU dan DOAKAN IBU BAPA jangan pernah lupa..

Ada rezeki lebih, share la sikit dengan adik2, n hulur2 kat parents 50 atau 100.
Sedekah tak miskinkan kita. Malah mengkayakan kita.
Tak caya? Try buat.