Isnin, 3 Oktober 2016

MASIH PANJANG LAGI PERJALANAN

Pertama sekali aku ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah,kerana dengan izinNya, dia telah memberikan aku peluang dan ruang untuk mencapai kerjaya yang aku impikan...

Masa tu, aku tak de kerja pun, aku berhenti dah jadi kerani kat syarikat tu,,,,
Jadi sahabat aku yang bernama Intan ni, dan family,  tolong beritahu kekosongan jawatan  ni..

Pulak tu jawatan memang aku impikan...
Apalagi haa, dengan segera aku menghantar resume melalui email yang diberikan..

Tak sampai semiggu,pada suatu hari,,,

"Kring kring,,kring kring" Telefon !!! Telefon berbunyi ,,,,,,Telefon! Saya Datang !! (Lagu wonderpet gitu ) hihihi,,

Lalu aku pon angkat lah fon tu,, 

" Hello... ya?"

"Saya nak bercakap dengan (nama i), utntuk beritahu mengenai jawatan yang dimohon di (nama ipts),, boleh tak Cik datang interbiu pada hari Khamis ni bertempat didot dot dot" Orang HR tu berkata..

" Boleh puan,,,boleh,,, saya akan ke sana",,muka masa tu eksited sambil lelompat

Setelah aku di inerbiu, on the spot aku diterima,
Perghh nak cerita dekat sini, manager aku ni,, baik gila... sangat baik,,, nama beliau Doktor Tong. Beliau siap bagi aku tempoh lagi untuk aku  cari rumah dulu dekat area situ... Sekali nak dijadikan cerita,aku tak dapat umah weh,,rasa nak menangis..

Aku pon terus beritahu akak HR tu, akak tu terus bantu aku carikan dan hasilnya aku dapatlah rumah,, sukur alhamdulillah...

Nak tahu tak, jawatan apa yang aku nak tu...
Iaitu,,,jeng jeng jeng,,

"Finance Assistant" disebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta Selangor !

Syukur sangat... Aku sendiri tak sangka. pejam celik pejam celik 3 bulan lebih aku disini. Mungkin ada orang bermonolog dalam hati, "Eleh, setakat jawatan tu je pon, riuh satu siber",,hahahaha

Alaaa biarlah, macam ni lah perasaan orang jakun macam aku. Saje nak berkongsi rasa, mana taknya duduk sensorang jauh dari family,,,merantau katannya....

Sejak 3 bulan aku berada disini, terlalu banyaklah aku belajar tentang akaun, macam mana nak buat bank recon, system, dan automatik aku dapat satu penngalaman yang bernilai serta skill yang tak pernah aku dapat kat mana-mana. Contohnya , skill berkomunikasi..

Yelah, mana taknya, apabila kita bekerja dalam kawasan pelajar, kita punya client of coslah pelajar..
Macam-macam student haa aku jumpa dengan macam-macam ragam, kau cakap je la dari negara apa, inn sya allah ada .
Most aku jumpa dari Nigeria, Syria , Iran. Dekat tempat aku kerja ni, kos yang cuma disediakan adalah Master dan PhD... yang lain-lai tarrak...
Bagi aku lah, student yang dah beso-beso ni easy going, friendly,,, tapi ada gak yang makin tinggi levelnya makin terok pey'elnya (kerenah)...

Aku memang bersyukurlah kerja situ,, akak-akak, abang-abang kat situ memang penyayang...Kadang-kadang je aku beli makanan untuk lunch and dinner, selebihnya mereka beri,sedekah dekat aku.. 

Sepatutnya setiap hari aku akan datang kerja setiap pukul 8pagi dan balik 5.30petang. Tapi, demi nak cari duit lebih ni, aku pon amek la part time dekat library. Syukur lah alhamdulillah, dapatlah timba pengalaman lagi. Lagipun aku bujang, sendiri, jadi aku tak de kotmitment apa-apa, jadi masa ni lah aku nak palun kaw kaw gitu ! Hahahaha..

Aku tahu, setiap orang kat luar sana pun, mesti ada impian , kerjaya yang kalian inginkan? 
Tak pe guys, berusahalah,,, yang penting fokus dalam menuju dan mencapai apa yang kalian nak tu !
Orang nak cakap apa, cakap lah !
Cuma kita je yang tahu betapa peritnya perjalanan tu, betapa gembiranya kejayaan tu.
Orang yang tak lalu, dia tak rasa. Tapi cuma pandai "berkata-kata" kat orang lain..

Aku doakan semoga sesiapa yang banyak bantu aku, murah rezeki dan dipermudahkan urusan!

Kalian pon aku doakan !

Selamat Maju Jaya kengkawan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan