Lagi 5 tahun kita nak masuk wawasan 2020.
Lagi 4 bulan 29 hari kita nak masok 2016.
Lagi sikit umoq aku nak masuk 23 tahun depan.
Dan lagi panjang masa aku nak menikah.. hhahahaahah
Oh myyyyyy...hahahahaha
Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku kerja kat syarikat ni.
So far so good.
Syukur alhamdullilah. Walaupun aku bekerja sebagai "kerani" cikai, atau perkataan sebatinya "macai", aku bersyukur sekurang2nya Allah bagi aku rezeki.
Asalnya aku adalah graduan diploma kewangan dan perbankan islam.
Tapi,,, terlari pulak dari bidang pekerjaan sekarang.. Lantaklah.. :)
Ala,,, bagi aku itu semua atas kertas sahaja.
Segalanya kena bermula dari bawah.
Dengan bermula belajar dari bawahlah, kau akan dapat naik tinggi sebagai seorang yang berilmu didada.
sO nanti bila jadi bos besar, tak lah "mengarah" tanpa ilmu pengetahuan.
Sebenarnya, dulu aku seorang yang memilih pekerjaan.
Kalau boleh semuanya nak taraf diploma aku.
Tapi lama kelamaan, aku sedar.
Kalau beginilah sikap aku, sampai bila2 aku tak kan dapat kerja dan pengalaman.
Yang paling penting aku fikir adalah duit.
Kalau kau tak kerja, siapa yang nak bagi kau makan?
Kawan kau ?
Harapkan ibu bapa?
Sampai bila?
Aku masih ingat lagi waktu aku nak cari kerja.
Ya ALLAH punyalah susah.
Hari2 aku keluar cari kerja.
Tapi.... hmmm
Interview bukan main banyak lagi.
Most interview aku pergi kebanyakkan bercakap bahasa melayu.
English sikit je.
Yang tak boleh blah, aku pernah interview dekat sebuah kilang untuk jadi operator.
Perghh gaji loaded kot. Tapi shift la.. No hal lah (monolog dalam hati).
Kau tau tak, apa yang berlaku masa interviewer tu interview aku?
Ayat dia yang masih aku ingat sampai hari ini adalah:
" Saya rasakan Ris, awak salah tempat mohon kerja. Awak ada bakat untuk bercakap. Awak sesuai jawatan atas (eksekutif) jualan... Konfem laku kalau jual barang"
Hahahahahah... apeda...
So point nya kat sini, kepada lepasan graduan spm ke, diploma ke, ijazah ke, ataupon master ke, jangan memilih kerja.
Tak pe walaupun kerja yang bakal kau dapat tu bukan bidang kau, bukan taraf pendidikan kau tau gaji kecik.
Kau mesti survive.
Jangan hirau kata2 perli kengkawan kau.
Yang penting kerja halal.
Kau kena ingat, zaman sekarang adalah masa untuk kerja.
Kalau kau tak kerja, ada kalau kau tak makan kawan kau yang perli2 tu nak bagi kau makan?
kalau ada ibu bapa, siapa nak tanggung diorang ?
Tak pe.... sambil kau kerja, kau boleh cari kerja lain slow2..
yang penting SOLAT 5 WAKTU dan DOAKAN IBU BAPA jangan pernah lupa..
Ada rezeki lebih, share la sikit dengan adik2, n hulur2 kat parents 50 atau 100.
Sedekah tak miskinkan kita. Malah mengkayakan kita.
Tak caya? Try buat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan