Maknanya sekarang dah 7 Syawal lah kan?
Tapi......aku pelik!~
Sambutan raya aku kali ni hanyalah bebiasa sahaja dan tiada apa pun menarik.
Tapi alhamdullilah.
Aku puas sangat sebab raya kali ni aku bole belikan baju raya adik2 aku, bagi parents duit raya, buuat hamper untuk makcik2 dari hasil titik peluh sendiri.
Terima kasih ya Allah..
Short sangat cuti raya aku kali ni.
Tolak tambah bahagi darab cuma 5 hari je,,,,itupun tambah ANNUAL LEAVE sehari.
Raya kali ni merupakan raya pertama kali dalam dunia pekerjaan.
Sebelum2 ni raya sebagai seorang student.
Tapi kali ni sebagai seorang yang dah bekerja pulak.
Nak dijadikan cerita,
Masa aku balik Terengganu aku jumpalah sedara mara aku.
Ada yang aku kenal dan ada yang macam pernah ta kenal.
Pantangg aku duduk sorang2, mesti ada je menyapa.
Kalau nak menyapa tanya khabar tak pe lah.
Tapi menyapa nak berlagak dan tunjukkan kemegahan masing2.
Allah...
Nak ta nak layankan je..
Aku pelik la...
Apa yang mereka banggakan sangat dengan kemewahan tu?
Camni ea ayat dia;
(Pertama)
"Anak dah kerja ke? Kerja apa?"
"Saya kerja bebiasa je mak cik~"
"Anak mak cik tu pun kerja. Dia nurse. Sekarang kerja dekat hospital pakar. Dulu gaji 2ribu je. Sekarang gaji dah nak amsuk 3ribu. Masa dia belajar, dia selalu jadi pelajar cemerlang. pointer tu tak pernah jatuh, 3 lebih dengan 4.00 sokmo. "
"Hehehe,,oh ye ke mak cik? dia balik tak raya ni?"
"Balik,,, tapi raya ke2 dah kelik sebab kijo"
"Anak pulok kijo gapo?"
"Saya kerja susun2 fail, sapu2 sampah je.. Alhamdullilah lah mak cik. Rezeki halal. Boleh buat makan n pakai."
......................................terus diam n bla.............................................................................
(Kedua)
"Anak mok cik kijo dekat majidee denu.. esok saing dia dari ostrolia nak datang ni.. sebab nak tengok budaya raya kat sini kan~ dia pegawai tuh... gi sana gi sini.... bila along (ank dia) kerja, dia jarang kelik rumoh. Sebab dia beli rumah sana di ulu tiram..."
"Baguslah mak cik.. Untung dapat anak dapat bantu keluarga" jawab aku dengan nada selamba.
"Awok kerja apa?"
"Saya kerja bebiasa je cik... "
"Biasa macam mana tu?'
"Biasa je.... cashier"... malas la nak berlagak...
.......................................terus diam n bla.........................................................................
(Ketiga)
Aku main la we chat.. carila people nearby. Sekali ada 1 hamba allah ni add la aku. Aku pon accept. Cerita tengah rerancak ni, aku pon tanya la soklan simple dalam chat tu.
"Awak lama ke cuti raya?"
"Tak wak,, esok saya da naik kerja"
"Ohhhh awalnya naik kerja..."
"heheheh biasalah saya kena pantau projek kat KL"
"oHH...dulu amek kos apa?"
"Arkitek, diploma arkitek"
"bAgos bagOs.."
"Tu lah saya bz,,, projek banyak sangat menunggu.. Awak kerja apa?"
"Saya?? saya tukang cuci je awak.."
Terus ta balas mesej and unfrend... hahahahahahahah
..................................................................................................................................................
So.. apa yang aku nampak kat sini, budaya MEGAH BERMEGAH ni masih wujud dalam diri segelinrie manusia, Kurangkanlah.....tak baik reriak..
dot dot