Pagi ni, aku tenang.
Sangat tenang.
Dan betul-betul tenang.
Aku merasakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku semalam.
Aku cuba diamkan apa yang berlaku.
Aku hanya merasa apa yang sedang dirasa.
Alhamdulilah.
Aku mampu mengubah perspektif negetif ku, ke arah yang lebih positif.
Nampaknya aku semakin tabah.
Betulah kata2 pakar motivasi.
Kita kena setkan minda kita dengan perkara "positif".
Semakin kita fikir kearah positif,
semakin dekatlah kebaikan yang akan jadi pada kita.
Tak percaya??
Cuba buat.
Hari ni,
Aku mulakan mesej dengannya.
Aku katakan padanya,
hatiku sangat besar.
Aku sayangkan dia.
Tak lama selepas tu,
dia pun membalas.
Dia menyatakan bahawa dia sangat sayangkan aku.
Aku adalah bidadarinya.
Dia memohon maaf ke atas segala perbuatanya semalam.
Alhamdulilah.
Legenya hati aku.
Mungkin inilah balasanya jika kita berbuat kebaikan kepada orang.
Wahai dia yang aku kasihi,
kau bakal menjadi imamku.
kau bakal menjadi khalifahku.
kau bakal menjadi ayah kepada anak2ku.
Aku tak mengharapkan kau sempurna.
Cukuplah ,
jika kau mentaati tuhanku, ibu bapamu, dan ibu bapaku.
Sayangilah aku.
Matlamat kita kerana Allah sayang :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan