Rabu, 19 September 2012

Mencari Keredhaan Allah..

Setiap manusia di dunia ini tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Setiap manusia juga, adalah tidak sempurna serta mempunyai kelemahan.
Itu tidak bermakna bahawa kita hanya berdiam diri dan tidak melakukan pembetulan.
Aku akui, melakukan pembetulan untuk memperbaiki kesalahan itu bukan mudah.
Tetapi, semuanya boleh diperbaiki seandainya dirimu mempunyai niat, itizam yang bersungguh-sungguh untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.
Tujuan kita dihidupkan di dunia ini adalah untuk beribadat kepadanya.
Ianya bukan sahaja merangkumi ibadah khusus seperti solat,puasa,menunaikan haji,, bahkan ibadah umum juga haruslah diambil kira.
Ibadah umum  itu merupakan sesuatu syariat yang tidak ditentukan cara-caranya,,seperti menghormati ibu bapa,belajar dan sebagainya.

Seorang hamba Allah, telah bayak membimbingku disaat aku didalam keadaan yang sesat serta jahil.
Dia memandu aku ke arah mencapai keredhaan Allah.
Banyak pengajaran yang aku belajar darinya melalui cerita-cerita kisah umat-umat nabi terdahulu.
Ya Allah,, 
Aku bersyukur sagat kepadamu kerana engkau mengurniakan aku seorang sahabat yang sentiasa mengingatkanku kepadaMu , rasa cinta terhadapMu, dan rasa kerinduan yang sangat dalam terhadapMu.
Malahan disetiap sudut hidupku, sahabatku ini selalu berpesan kepada diriku,

"Jika kamu ingin melakukan perubahan dan ingin berubah,berubahlah kerana Allah.Letakanlah niatmu itu kerana Allah, bukan kerana aku menasihatimu mahupun kerana diriku.
Tetapi, hendaklah kamu sendiri yang berusaha untuk melakukan perubahan tersebut"

Kini aku mengerti, bahawa perubahan itu terletakpada diri kita sendiri...
Wahai  Mohamad Fahmi,
Engkau merupakan insan yang terpilih oleh Allah utuk membimbingku,
Terima kasih atas semua ingatan ini.
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan